let's not think about it.
Thursday, February 19, 2015 @ 9:27:00 PM
kau rasa?
bilamana kau rasa cinta itu menyeksakan, kau salah.
aku juga begitu pada mulanya
namun perasaan itu bahagia sejujurnya
kerna apa?

jika kau bisa menjaga ia dengan baik
tidak mustahil ia menjadi bahagia
tipu kalau kau kata kau tak kecewa, sakit hati
kau bukan robot
mati rasanya
kau manusia, yang punya deria rasa.

jujur aku katakan
sekarang bukan masanya lagi untuk bermain
seperti di zaman sekolah menengah dulu
yang sayangnya sekejap pada dia, dia, dia, atau dia
adakah itu sayang,
atau cuma mainan perasaan saja?
entah, aku pun tak tahu
sebab aku terlalu bangang dalam hal perasaan

aku keliru diantara cinta dan sayang
mungkin juga tak mengerti maksudnya apa

penah juga aku buat konklusi sendiri
kataku cinta itu seperti
perlukan pengorbanan yang tidak terhingga
juga memerlukan seorang insan yang sanggup mati demi kekasihnya
matinya disini bukan kau terjun bangunan hanya kerana tak dapat bahagiakan dia
atau dia suruh kau lompat dari roof top shopping mall semata-mata nak buktikan cinta kau padanya
jangan jadi bangang
mati itu bererti kau sanggup bersusah payah deminya
atau kau sanggup terima dia seadanya walaupun kau sedar dia tu bukan cantik mana macam nora danish, takde ukuran body shape yang buat kau ghairah-- 36.25.27

sayang pula aku tafsirkan seperti
kau mahu dia sepanjang masa
kau mahu dia ada dekat dengan kau
tidur kau mungkin terganggu sedikit dek kerana terlalu memikirkan dia
hari-hari kau tidak se-indah jika senyumannya tidak kelihatan di mata kau
kau juga sanggup jadi pencuri
pencuri masa hanya kerana nak ketemu dengannya
masa kau dibazirkan dengan melihat wajahnya, senyumannya
kau akan cemburu bila tengok lelaki lain pandang ke arahnya
atau acah-acah rapat dengannya

pendek kata, segala yang indah-indah atau yang sedikit onar itulah yang aku panggil sayang
mesti ada yang tak setuju kan?
kemon laa, ini pendapat aku bukan kau.
ini juga perasaan aku bukan kau.
lagipun kau sudah cukup hebat untuk huraikan rasa kau pada media sosial

khabarnya hal yang berkaitan jiwa dan perasaan adalah perihal yang sukar digambarkan
jika kau terlalu hebat dalam mengeksplotasi rasa kau pada media, silakan.
tiada siapa halang.

untuk apa yang aku rasa sekarang,
"aku gembira serta suka. syukur dengan pertemuan kita"
dan aku juga begitu.

semoga kau terus menyimpan segala rasa pada aku
bilamana aku tidak lagi menarik di mata manusia
atau
tidak lagi melayan segala kerenah kau.
dan itu yang akan buat aku menyesal dikemudian hari.



ikhlas,
AD
© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03
WHEN YOU'RE GONE