let's not think about it.
Thursday, April 09, 2015 @ 6:50:00 AM
untuk harini, aku menangis
menangis atas semua salah-salah aku
bukan aku takesah dengan setiap salah yang aku buat, cuma kali ini salah aku teramat besar
jujur, menaip ini pun seperti hendak menangis

penah kau rasa kehilangan walhal orang itu ada disisi kau, sedang duduk sambil pandang kau dengan suatu pandangan yang kau sendiri tak tahu nak taksirkan ia sepertinya apa
mungkin aku juga sedang rasakan perkara yang sama, tapi apa yang mampu aku buat, diam. pendam.
sebab pilihan aku sekarang adalah berdiam diri, dan pendam
aku dah malas nak buang masa, tanya hal-hal yang tak penting
biar semuanya terjawab dengan sendiri

aku bukan orang baik-baik. salah aku bersepah. dosa aku juga tebal seperti debu ditingkap yang tak penah dilap. Tuhan sedang jaga aib aku. andai kata aib aku terlepas, pasti tiada siapa nak lepak chill dengan aku. serius, tak tipu. kini, aku cuma minta agar Tuhan jaga aib aku dengan baik-baik. Amin.

jujur, perangai degil aku mampu hancurkan hati orang. betul. dan sekarang ada yang sedang musnah kerana degil aku. bukan satu kali, dua kali malah berkali-kali. jadi, jika kalian sendiri tak mahu musnah, sila pergi. sebab aku tak mahu sesiapa musnah sebab aku
bukan takde siapa yang tegur, dari dulu lagi ada yang nasihat aku
katanya buang ego, buang degil kalau taknak orang terluka kalau taknak kena tinggal

tapi takde guna, umpama kau curah air dekat daun keladi. degil nak mampos!
mungkin aku perlu ditinggalkan dan masa tu baru aku sedar yang kalian semua sudah hancur sebab aku atau aku mungkin sebenarnya memerlukan seseorang yang tinggi sabarnya untuk handle budak degil macam aku. mungkin.

banyak yang terlintas difikiran aku saat aku menaip, tapi apa yang mampu aku buat?
hanya biarkan ia bermain-main dalam fikiran dan hilang bila tiba waktunya

kini, aku cuma mahu hargai setiap masa yang aku ada. sebab aku tak tahu bila aku pergi, bila aku akan ditinggalkan, bila aku dihalau jauh dari hidup sesiapa.
bagi sesiapa yang masih sudi ada disamping aku, terima kasih.

terima kasih sebab sanggup tahan hati kau dari pecah hanya kerana kesilapan aku.
terima kasih untuk segala rasa yang dicurahkan.
maaf sebab tak mampu jadi yang terbaik. aku manusia, tak mampu ada semuanya.
maaf juga jika aku ada ambil hak sesiapa atau orang yang kau sayang, maaf. tak terbilang banyaknya maaf aku kepada kau.

semoga kita semua hidup dalam bahagia didunia, mahupun diakhirat kelak.
bahagialah kita disamping tersayang. In Shaa Allah.



                                                                                           Ikhlas, AD
© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03
WHEN YOU'RE GONE