let's not think about it.
Sunday, August 27, 2017 @ 3:26:00 AM
SEDAR.
Aku semakin sedar, semakin hari perangai aku semakin celaka. Entah apa yang menyebabkan aku menjadi celaka seperti ini, aku sendiri tidak pasti. Apa yang aku sedar, aku telah menyakiti hati ramai orang. Ye, ramai orang. Semuanya terluka akibat perangai celaka aku ini.

Aku juga sedar yang suatu hari nanti aku pasti akan berubah. Ye, aku sedar akan hal itu tapi disebabkan ikut hati celaka fikiran celaka ini aku menidakkan segalanya. Aku sepertinya hilang arah, tiada tempat mahu ku tuju sebab semuanya memulaukan aku. Aku tiada lagi tempat mengadu nasib, dan tempat meluahkan segala rasa yang terpendam di jiwa. Semuanya tiada lagi. Kini, aku kesepian. Hanya tinggal aku dan Tuhan.

Adakah Tuhan masih peduli tentang aku? Adakah Tuhan masih lagi memandang aku sebagai hamba-Nya walhal sudah banyak onar telah ku lakukan?

Moga disaat aku sedar nanti, aku tidak hilang sesiapa. Moga-moga.
Wednesday, August 23, 2017 @ 10:10:00 AM
SEMULA.
Untuk sekian lama aku tidak mengarang cerita kerana hidup aku sudah dipenuhi dengan pelbagai media sosial yang lain sehingga aku lupa pada blog ini. Namun malam ini aku kembali untuk mengarang cerita. Ye, aku tahu tiada siapa yang akan membacanya tapi aku peduli apa? Janji aku dapat melepaskan segala yang terpendam dihati.

Dan untuk kali kedua, aku ditinggalkan oleh insan yang amat aku sayangi. Sangat-amat-sayangi. Terlalu sayang sampai aku sanggup terima apa saja buruk tentang dia. Hati aku telah dibutakan oleh rasa sayang. Apa perlu aku lakukan? Perlukah aku merayu untuk kembali bersama? Atau membiarkan saja dia dengan hidupnya?

Jujur hati aku masih inginkan dia. Bagaimana harus aku lupakan dia jika setiap masa dia berada dimana-mana? Lagu-lagu yang berkumandang di radio semuanya mengingatkan aku padanya. Apa harus aku lakukan supaya aku dapat melupakan dia?

Aku berharap semoga kita berdua dipertemukan semula kerana aku sangat menyayangi kamu. Ikhlas dari hati aku. Aku taknak hal yang lepas terjadi kembali, aku taknak. Moga Tuhan izinkan kami bersama, moga-moga.
© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03
WHEN YOU'RE GONE