let's not think about it.
Sunday, August 27, 2017 @ 3:26:00 AM
SEDAR.
Aku semakin sedar, semakin hari perangai aku semakin celaka. Entah apa yang menyebabkan aku menjadi celaka seperti ini, aku sendiri tidak pasti. Apa yang aku sedar, aku telah menyakiti hati ramai orang. Ye, ramai orang. Semuanya terluka akibat perangai celaka aku ini.

Aku juga sedar yang suatu hari nanti aku pasti akan berubah. Ye, aku sedar akan hal itu tapi disebabkan ikut hati celaka fikiran celaka ini aku menidakkan segalanya. Aku sepertinya hilang arah, tiada tempat mahu ku tuju sebab semuanya memulaukan aku. Aku tiada lagi tempat mengadu nasib, dan tempat meluahkan segala rasa yang terpendam di jiwa. Semuanya tiada lagi. Kini, aku kesepian. Hanya tinggal aku dan Tuhan.

Adakah Tuhan masih peduli tentang aku? Adakah Tuhan masih lagi memandang aku sebagai hamba-Nya walhal sudah banyak onar telah ku lakukan?

Moga disaat aku sedar nanti, aku tidak hilang sesiapa. Moga-moga.
© Layout by yours truly, with header-image effect by Chapters. 01 02 03
WHEN YOU'RE GONE